Kepentingan Penggunaan Tatabahasa Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi ayat dengan menggunakan formula atau peraturan tertentu. Tujuan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa -Membolehkan kanak-kanak bertutur dengan lancar, terang dan mudah untuk difahami oleh orang lain. -Membolehkan kanak-kanak memahami makna satu perkataan atau ayat dan menganalisa kedudukkannya. -Membolehkan menentukan ayat yang betul atau salah mengikut peraturan bahasa itu. - Berfaedah kepada orang yang dikuasai dengan bahasa ibunda mereka. Ini kerana mereka suka belajar mengikut peraturan tertentu (Mengikut bahasa ibunda mereka). PANDANGAN SARJANA MENGENAI TATABAHASA - Tatabahasa perlu dipelajari untuk menguasai sesuatu bahasa itu dengan baik. -Mempelajari tatabahasa dengan menghafaz peraturan dan undang-undang. - Diperkenalkan sebelum kanak-kanak, agar mahir berbahasa dengan baik. -Mempelajari tatabahasa dan tidak menghafaz peraturan dan undang-undang tetapi berdasarkan contoh yang sesuai. -Kepintaran seseorang itu berbahasa bukanlah bergantung kepada kecekapan peraturan dan undang sesuatu bahasa.

23.11.12

Pengajaran Tatabahasa


Teknik yang Sesuai
Sebenarnya banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid. Seelok-eloknya guru harus berbincang dengan pelajar itu sendiri tentang teknik yang disukai oleh mereka. Dengan berdasarkan pengalaman saya sendiri, murid-murid lebih berminat dengan teknik yang menarik seperti nyayian, nasyid, lakonan, dialog, kuiz serta forum. Jika ditinjau daripada respons pelajar, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah menerusi teknik nyayian. Dengan perkataan lain, perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka. Selain itu, teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi fasilitator atau pembimbing mereka. Di samping itu, pendekatan yang selalu dicadangkan oleh pakar-pakar pengajaran tatabahasa adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif iaitu bermula dengan generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah dibincangkan rumus atau peraturan yang khusus.

Bahan Lain yang Sesuai
Selain lirik lagu, guru-guru juga boleh menggunakan sajak untuk membincangkan aspek tatabahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar tingkatan 4 boleh menggunakan sajak Harga Remaja (Antologi Harga Remaja) untuk membincangkan aspek penggolongan kata, seperti kata nama dan kata kerja. Oleh itu, selain mengkaji aspek sastera dan maksud sajak, murid-murid juga boleh menggunakan sajak itu untuk belajar tatabahasa secara tidak langsung. Walau bagaimanapun, guru-guru perlu merancang dan mengkaji aspek tatabahasa yang hendak dibincangkan dalam pengajaran dan pembelajaran itu terlebih dahulu sebelum pelaksanaannya dilakukan di dalam kelas.

Bahan Komsas
Karya-karya komsas selain sajak, iaitu cerpen, prosa tradisional, novel, pantun, syair dan gurindam juga boleh digunakan untuk pegajaran tatabahasa. Hal ini bermakna, semasa pengajaran komponen sastera, guru-guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa dalam perbincangan dengan pelajar. Dengan kata lain,pengajaran tatabahasa tidak diajarkan secara langsung tetapi secara tidak langsung. Hal ini dapat mengatasi masalah kebosanan dan kurangnya minat murid untuk mempelajari tatabahasa.



Bahan Cetakan
Bagi pelajar-pelajar tingkatan 6, guru-guru perlu menggunakan bahan cetakan seperti keratan akhbar, majalah atau risalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Jadi, secara tidak langsung pelajar-pelajar mendapat manfaat yang berganda iaitu selain memahami atau mencari isi penting daripada petikan itu, mereka juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Sekurang-kurangnya teknik ini tidak membosankan pelajar kerana guru telah menetapkan fokus tentang perkara yang hendak dibincangkan daripada sesuatu bahan atau petikan tersebut. Di samping itu, guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa ini setiap kali semasa membincangkan karangan, rumusan karangan, dan juga semasa mengalih bentuk teks. Perkara ini perlu dilakukan kerana setiap latihan yang dinyatakan itu tadi melibatkan aspek tatabahasa. Sebagai contohnya, semasa menulis karangan, rumusan karangan dan mengalih bentuk teks, pelajar-pelajar terpaksa membina ayat-ayat yang melibatkan pelbagai aspek tatabahasa. Selain itu, perkara ini juga membuktikan bahawa pengetahuan tatabahasa pelajar dalam Kertas 1 perlu diaplikasikan dalam Kertas 2 STPM.

                                            

没有评论:

发表评论

发表评论