KATA NAMA
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar
iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama
Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan
nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak
bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut
sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
|
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
|
binatang
|
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
|
tumbuh- tumbuhan
|
pokok, betik, rumput, lalang dll
|
benda
|
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
|
tempat
|
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
|
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat
dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat
dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata
asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf
kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
|
Pada akhir ayat
|
Gajah itu berbadan besar.
|
Pada awal ayat
|
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara
khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama
ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan
nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat,
judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang
tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo,
Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah,
Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak
Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah
Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah
ditulis dengan huruf besar.
manusia
|
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
|
binatang
|
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
|
tempat
|
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
|
bangunan
|
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
|
judul buku
|
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
|
benda
|
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
|
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
|
Kata Nama Am
|
Kata Nama Khas
|
Benda
|
bangunan
kereta
buku
sekolah
|
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
|
Orang
|
doktor
kerani
guru
budak lelaki
|
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
|
Binatang
|
kucing
lembu
katak
ayam
burung
|
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
|
Tempat
|
negeri
bandar
kampung
tasek
|
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
|
Tumbuhan
|
pisang
cili
jambu
limau
|
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
|
Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi
imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
di
awal kata ( awalan )
di
akhir kata ( akhiran )
di
awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
di awal kata
|
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
|
di akhir kata
|
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
|
di awal dan di akhir kata
|
per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe-
-an, dan ke- -an
|
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama
terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas kata
|
kata dasar
|
kata terbitan
|
kata kerja
|
peraga
latih
bawa
lawan
|
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
|
kata sendi
|
oleh
untuk
|
perolehan
peruntukan
|
kata nama
|
lombong
rumah
guru
|
perlonbongan
perumahan
perguruan
|
kata adjektif
|
cantik
besar
tinggi
|
kecantikan
pembesar
ketinggian
|
没有评论:
发表评论